Cara untuk membuat Sambal Bunga Kantan. Sambal pembuka selera yang sangat padu!

Musim hujan bunga kantan banyak. Jom kita buat sambal ni. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap dan terbaik. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ann Jelani. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 12 batang bunga kantan.
  • 10 biji bawang besar.
  • 1 mangkuk kecil cili padi, Kalau suka pedas guna cili kampung.
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis.
  • Garam, gula dan perasa ajinomoto secukupnya.
  • 1 1/2 cawan minyak masak.

Cara-caranya mudah sahaja:

  1. Mesin dan kisarkan semua bahan diatas kecuali minyak. Kalau suka tekstur kasar, mesin la bagi kasar dan jangan halus sangat.
  2. Kemudian, panaskan minyak masak dan masukkan semua bahan.
  3. Masak sehingga pekat dan kering. Seimbangkan rasanya dan sambung masak terpulang pada citarasa masing sama ada nak lembak atau nak kering terus.
  4. Bila dah siap boleh tutup api dan simpan didalam bekas.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Ayam Penyet Tomato Pedas yang menyelerakan

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.