Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Horlicks Famous Amos Cookies. Biskut Raya yang mudah disediakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Saiful Nasuha. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 buku butter cup.
- 1 1/2 cawan gula castor.
- 1 biji telur ayam.
- 1 penutup esen vanilla.
- 1 sudu besar soda bikarbonat.
- 1 sudu besar baking powder.
- 1 cawan minyak masak.
- 3 1/2 cawan tepung gandum.
- 1 1/2 cawan tepung jagung.
- 1 1/2 cawan horlicks.
- 1/2 cawan susu tepung.
- 1 cawan almond nibs. Bakar dahulu dalam 5 minit.
- 1 cawan beryls milk choc coin.
- 1/2 cawan dark choc chip.
- 1/2 cawan caramel chip.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Satukan butter, gula castor, telur & esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati.
- Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum & tepung jagung. Kacau hingga sebati.
- Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik tapi jangan risau.
- Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit.
- Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bakar pada suhu 150 degree selama 15 minit.
- Siap untuk disimpan atau dihidang bila perlu.
Selamat mencuba.