Resepi Kari Terung Ikan Kurau sebagai menu berbuka anda.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Resepi Kari Terung Ikan Kurau sebagai menu berbuka anda. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Terung bulat 9 biji dibelah.
  • Ikan masin kurau 7 keping.
  • Rempah kari Ikan 4 sudu besar.
  • Perahan santan 2 cawan.
  • 1 cawan air masak.
  • Daun kari 2 batang.
  • Bawang merah dihiris.
  • Bawang putih 3 ulas diketuk.
  • Serai diketuk.
  • Daun pandan 1 helai disimpul.
  • Halia 2cm.
  • Serbuk perasa jika perlu.
  • Garam dan Gula secukupnya. Jika mahu.
  • Minyak masak untuk menumis.

P/s : Rempah kari dibancuh dengan air . Jadikan sebagai paste.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan bancuhan rempah kari dan gaulkan rata. Masak sehingga pecah minyak dan perlahankan api supaya rempahnya betul-betul masak.
  4. Kemudian masukkan terung dan ikan masin. Gaulkan.
  5. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan air. Kemudian, masukkan serbuk perasa dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna.
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Kari Ikan Sembilang Padu yang membuatkan anda pasti tak cukup hanya semangkuk. Cubalah!

Selamat berbuka dan selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.