Cara untuk membuat Masakan Sambal Goreng Sayur Pedas Manis. Kesedapan hingga ke suapan yang terakhir.

Selamat tengahari semua. Kali ni kami nak kongsikan resepi oleh Puan Nurul Ateekah untuk membuat Masakan Sambal Goreng Sayur. Kesedapan hingga ke suapan yang terakhir.

Kata beliau masakan ni adalah kegemaran suaminya. Cubalah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tauhu (1 ketul besar hiris Dan goreng).
  • Tempe (1 paket Tempe hiris Dan goreng).
  • Kentang(1 biji besar hiris Dan goreng).
  • Ikan bilis(3 sudu besar dibasuh Dan digoreng).
  • suhun 1 paket(Direndam air Dan toskan).
  • Kacang panjang (5-7 batang).
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris).
  • Bawang merah 5 biji (dihiris).
  • Cili merah 1 batang dan Cili hijau 1 batang.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • 3 sudu kicap manis.
  • Gula 1 sudu besar dan Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil.
  • 4 sudu minyak masak.
Baca juga :  Nak buat BBQ anda super sedap? Jom buat Sos Perap BBQ dengan 3 bahan sahaja!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang merah sehingga keperangan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga pecah minyak serta garing.
  3. Masukkan gula, serbuk perasa dan kicap manis. Gaul rata sehingga semuanya sebati. Rasakan biar seimbang.
  4. Masukkan suhun, kacang panjang dan bahan-bahan yang telah digoreng (Tempe,tauhu,ikan bilis,kentang).
  5. Gaul rata dan masak sehingga kering. Bila dah siap angkat dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.