Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kali ni kami nak kongsikan resepi oleh Puan Noriza Awang Hamat untuk membuat bengkang ubi yang sangat menarik dan padu. Selamat mencuba semua.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 8 cawan ubi kayu disagat.
- 4 cawan santan.
- 2 cawan gula pasir.
- 2 sudu teh garam.
- Sedikit pewarna kuning.
Cara untuk membuatnya:
- Satukan dan gaul sebati semua bahan di atas. Sapukan marjerin pada loyang.
- Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang boleh la dibakar api atas bawah pada suhu 160 darjah. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
- Bingka ni lepas masak nampak macam lembik. Tapi jangan risau. Dah masak elok luar dalam. Tunggu sejuk je baru boleh dipotong. Selamat mencuba.