Assalamualaikum. Cuti-cuti ni jom la kita buat kek coklat moist kukus. Pemilik resepi ini iaitu Puan Noriza Awang Hamat buat topping coklat. Alhamdulillah sedap sangat-sangat kek yang lembut dan tak muak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 cawan serbuk koko.
- 1 cawan gula pasir.
- 1 cawan minyak masak.
- 1 cawan susu pekat.
- 1 cawan susu cair.
Kesemua bahan diatas dimasak sekejap. Jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati dan tutup api kemudian ketepikan.
- 4 biji telur gred A.
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 sudu kecil soda bikarbonat.
- 1 sudu kecil baking powder.
Ketiga-tiga bahan ni diayak.
Cara untuk membuatnya:
- Bila bahan yang dimasak tadi dah jadi suam, masukkan ke dalam blaeder bersama 4 biji telur. Blend sekejap kemudian baru masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Blend lagi sehingga semuanyer sebati dan halus.
- Panaskan pengukus terlebih dahulu. Jangan lupa untuk sapukan sedikit planta pada loyang. Kemudian baru masukkan adunan yang telah dikisar tadi.
- Bila dah nampak air mendidih masukkan loyang yang telah berisi tadi. Kukuskan selama lebih kurang 45 minit menggunakan api sederhana. Bila dah siap kukus boleh angkat.
Baca juga : Tips Dan PetuaCara Buat Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek
Selamat mencuba.