Hujung minggu ni boleh cuba Nasi Planta bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Ajak Anak dan Suami bantu bersama!

Assalamualaikum selamat tengahari semua Dah ada plan ke nak masak apa hari ini atau hujung minggu anda. Kalau belum ada, apa kata anda cuba resepi Lengkap Nasi Planta bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun ni. Memang resepi paling terbaik untuk hujung minggu anda sekeluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat. Selamat mencuba.

Bahan untuk membuat Nasi Planta:

  • 3 cawan beras basmathi.
  • 3 sudu besar margerin/Planta.
  • 3 1/2 cawan air.
  • 1 cawan susu cair.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 2 batang kulit kayu manis.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 2 helai daun pandan.
  • garam secukupnya.
  • 1 kuib stok ayam.
  • Pewarna kuning.

Bahan-bahan untuk kisar:

  • 6 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Sedikit halia.

Bahan-bahan hiasan:

  • Bawang goreng.
  • Daun bawang dihiris.

Cara-cara untuk membuat Nasi Planta:

  1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
  2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
  4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning.
  5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Daging bersama Air Asam Kerisik yang sangat enak. Setiap suapan pasti puas hati!

Bahan untuk membuat Ayam Masak Merah:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil, dicuci bersih dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Goreng separuh masak.

Bahan untuk dikisar:

  • 20 biji cili kering direbus terlebih dahulu.
  • 1 labu bawang besar.
  • 4 biji bawang merah.
  • 5 biji bawang putih.

Kisarkan semua bahan diatas.

  • Rempah 4 sekawan.
  • Asam keping.
  • Sedikit sos cili dan sos tomato.

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar.
  2. Kacau hingga rata kemudian masukkan sos cili, sos tomato,asam keping garam dan gula.
  3. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam goreng tadi. Kacau sebati dan akhir sekali tabur daun bawang.

Bahan untuk membuat Acar Timun:

  • 1 batang timun.
  • 1 batang lobak merah.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 biji cili merah.
  • Sedikit cuka makan.
  • Garam dan gula
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Cara untuk membuatnya:

Potong dan gaulkan semua bahan. Dah siap. Selamat mencuba semua ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.