Siap sayur untuk meratah. Hari-hari kalau boleh nak meratah saja lauk nih. Anak-anak pun turut makan sekali. Jangan risau, masakan sayur baby kailan nih tak pahit pun. Manis-manis masin. Bila gigit rangup je texture dia.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 4 atau 5 pokok baby kailan dan dicuci bersih.
- ½ biji lobak merah dipotong.
- 6 ulas bawang putih dicincang.
- ¼ bawang besar dihiris.
- 13-15 ekor udang bersaiz sederhana.
- 1 batang cili merah dipotong.
- Minyak masak untuk menumis.
Bahan untuk buat Sos campur:
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1 sudu besar light soy Sos.
- 1 sudu besar Sos ikan.
- 1 sudu besar gula.
- 1 sudu kecil serbuk perasa.
Campurkan kesemua didalam mangkuk besar dan ketepikan.
Cara memasak dan membuatnya:
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Bila dah siap asingkan dan letak ketepi.
- Tumiskan bawang merah kemudian masukkan udang dan masak sebentar.
- Masukkan baby kailan, lobak merah, cili merah dan Sos yang telah dicampur tadi. Masak seketika.
- Bila dah puas hari, boleh angkat dan taburkan bawang putih yang digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.