Resepi Kepak Ayam Bersalut Kuning Telur Masin. Menu pembuka selera anda sekeluarga.

Makan dengan nasi putih dan telur mata lembu memang sedap. Makan macam tu saja boleh habis 10 kepak ayam tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram kepak ayam.
  • 4 biji telur kuning masin dihancur.
  • 3 sudu besar butter.
  • 4 ulas bawang putih dicincang.
  • 4 batang cili padi merah dipotong.
  • 3 batang daun kari.
  • 1 sudu kecil serbuk Kari ikan.
  • 3 atau 4 sudu besar tepung jagung.
  • ½ sudu kecil lada hitam.
  • ½ sudu kecil garam.
  • ½ sudu kecil serbuk perasa Knorr.
  • Susu cair ½ cawan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam. Kemudian, salut tipis kepak ayam kita dengan bancuhan tepung jagung tadi.
  2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah. Sapukan sedikit minyak pada ayam yang sudah disalut tepung dan bakar selama 30 hingga 40 minit. Kalau nak goreng pun boleh.
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter dan tumiskan bawang putih. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian, masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk perasa knorr dan cili padi. Sambung tumis seketika.
  4. Kasukkan susu cair dan gaul sebati kesemuanya.
  5. Akhir sekali baru masukkan telur masin dan ayam.Gaul sehingga rata dan sambung masak. Sesuaikan rasa dan bila dah puas hati boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas atau ratah begitu sahaja.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kicap Pedas-pedas manja. Habis nasi kita ratah pun sedap juga!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.