Kami nak kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuat Rendang Pucuk Ubi. Padu dan Awesome! Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Maria;
Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan. Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Pucuk ubi dipotong halus.
- Daun kunyit 10 helai juga dipotong halus.
- Serai 6 batang diketuk.
- Ikan bilis halus. Lagi banyak lagi sedap.
- Garam dan serbuk Secukup Rasa.
- Santan daripada 4 biji kelapa.
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
- Cili api segengam.
- Bawang Besar 6 biji.
- Kunyit hidup 6 ketul besar.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Tumiskan bahan kisar di dalam kuali. Kemudian masukkan Serai yang telah diketuk.
- Apabila tumisan dan berbau wangi baru masukkan santan. Tunggu sehingga santan mengelegak baru masukkan ikan bilis, pucuk ubi dan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi.
- Masuk perasa, garamĀ dan sesuaikan kesemua rasanya bagi seimbang. Kacau sampai betul-betul kering lebih kurang 2 jam lebih.
- Siap dan sedia untuk dijamah bersama nasi panas.
Selamat Mencuba.