Resepi Ikan Siakap Masak Stim Lemon yang menggiurkan selera anda.

Hari ini abang nak kongsikan dengan anda semua resepi ‘Ikan Siakap Masak Stim Lemon’. Bahan-bahan nak sediakan tak renyah sangat. Senang jer kalau bahan-bahan dah ada kat rumah.

Campak-campak jer dah boleh jadi. Okeh. Jom tengok resepi #DariDapurMR kali ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Mohd Rozmie. Terima kasih.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 1 ekor siakap.
  • 1 biji lemon.
  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 6 biji cili padi.
  • 2 biji tomato.
  • 2 inci halia.
  • 2 batang serai.
  • Daun sup.

Cara-cara nak siapkan masakan adalah seperti berikut:

Ini bahan-bahan yang abang sediakan. Abang dan anak-anak suka makan halia, jadi abang potong halus macam mancis. Daun sup pula abang potong kepada dua bahagian. Satu bahagian batang sahaja, satu bahagian lagi daun sahaja.

Lemon pula abang potong dua juga. Yang sebelah abang perahkan guna jusnya. Yang sebelah lagi potong nipis untuk hiasan semasa makan nanti. Yang lain abang potong mayang halus untuk ditabur bersama ikan nanti.

Ikan siakap ini saiz besar, cukup untuk makan 4 orang. Basuh bagi cuci tau dan kelar badan dia. Di sebabkan ikan besar, kat dapur abang pula tak ada bekas yang sesuai jadi abang guna jer pinggan kegemaran abang ini. Letakkan satu batang serai di bawah ikan dan satu lagi dalam perut ikan. Abang terlupa nak ambik gambar. Kahkahkah

Baca juga :  Jom kita buat Ikan Siakap Bakar ala-ala Kuala Perlis. Cicah air asam memang kebulan rasa sedapnya!

Letakkan bahan-bahan bawang, tomato dan halia di sebelah tepi dan atas ikan. Pandai-pandailah kau hias ikan tu. Kita nak stimkan bahan-bahan ini bersama ikan.

Letakkan cili padi, bahagian batang sup bersama dan tuangkan jus leman yang diperah tadi atas ikan. Yang bahagian daun sup dan lemon yang di potong nipis tu jangan letak lagi. Kita guna last nanti.

Untuk kuahnya tak perlu letak apa-apa air dah, cukup sekadar bahan-bahan tadi. Nanti kuahnya akan terhasil dari wap ikan yang kita stim.

Abang guna periuk vantage cookware kesayangan isteri abang ni untuk kita stimkan ikan siakap ni. Sebelum tu jangan lupa pula letak air dalam periuk ni ikut sukatan. Abang terlupa pula nak ambik gambar tunjuk kat kau. Kahkahkah. Kemudian ikan yang telah dihias cantik tadi kau letak dalam periuk.

Dah boleh mula masak, tutup tudung dan nyalakan api sederhana dalam anggaran 15 – 20 minit atau sehingga ikan masak.

Okey, dah masak pun siakap masak stim abang ni. Dah boleh tutup api dah.

Part last, abang tabur daun sup dan hias lemon yang di potong nipis atas ikan. Barulah kau rasa macam makan kat restoran.

Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Krim yang sangat mudah dan sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang anda.

Tutup tudung periuk sekali lagi dalam 5 minit. Biarkan wap panas tu yang layukan daun sup.

Dah siap ‘Ikan Siakap Masak Stim Lemon’ abang ni. Abang dah ready nak makan ni. Kau try la buat yer. Jemput follow facebook abang di Mohd Rozmie (JimieRay) untuk resepi-resepi bergambar yang lain abang kongsikan.

Selamat mencuba. Jumpa lagi.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.