Buat sendiri Aiskrim Tersedap ala Baskin Robbin. Bahan pun mudah disediakan. Cubalah! Puan Ameera telah berkongsi lagi resipi aiskrim dengan hanya menggunakan 3 bahan termudah! Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 kotak kecil Whipping cream.
- 4 sudu besar serbuk Milo.
- Setengah tin Susu pekat.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Resepi ini tidak perlu letak air tau. Terus kisarkan kesemua bahan diatas.
- Bila dah siap dikisar, masuk terus kedalam bekas atau tupperware yang bersesuaian.
- Simpan dan masukkan kedalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
- Selepas dah beku, dah jadi aiskrim yang bakal menjadi kesukaan anak-anak anda. Baskin robbin buatan sendiri, walahhhhh!
Tak percaya? Try la buat. Sumpah sedap. Share la resepi ni saya halalkan.