Kami nak kongsikan masakan nasi ketumbar yang dikongikan oleh Keroroys Royz ni. Kata beliau nasi ni wangi dan sedap mcm nasi berperisa yang lain. Cubalah ya. Selamat mencuba.
Bahan-bahan diperlukan untuk 4 orang makan:
- 3 pot beras basmati dicuci dan direndam 30 minit kemudian toskan.
- 3 1/2 pot air. Ikut cadangan pada peket beras seeloknya.
- 1/2 cawan susu segar.
- 1 sudu makan jus lemon.
- 1 sudu makan serbuk ketumbar dibancuh sedikit air.
- 1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
- 1 biji tomato dadu kecil.
- 1 sudu makan minyak sapi.
- 1 sudu makan minyak jagung.
- Beberapa titis pewarna hijau atau kuning.
- 1 sudu kecil garam dan 1/2 kiub ayam.
Bahan-bahan untuk menumis:
- 1/2 biji bawang besar didadu.
- 3 ulas bawang putih didadu.
- 1 inci halia dihiris.
- 1 kayu manis.
- 2 bunga lawang.
- 3 biji buah pelaga.
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan minyak sapi dan myk jagung. Kemudian, tumiskan bahan tumisan sehingga wangi. Masukkan serbuk ketumbar yang dibancuh bersama sedikit air dan kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan tomato dan daun ketumbar. Kacau sebati.
- Masukkn air, jus lemon, susu, pewarna, garam dan kiub ayam kemudian biarkan sehingga mendidih baru masukkan beras. Kacau sebati dan pindahkan ke periuk nasik elektrik. Masak nasi seperti biasa.
- Bila nasi masak, gemburkan dengan sudu garfu. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda sekeluarga. Boleh juga guna salah satu samada daun ketumbar atau serbuk ketumbar sahaja. Selamat memasak dan mencuba ya.