Makanan ni memang dirindui sepanjang masa. Sengkuang Calit bersama Sosnya yang sedap!

Makanan ni memang dirindui sepanjang masa. Sengkuang Calit bersama Sosnya yang sedap! Asalnya saya beli sengkuang ni untuk dibuat pecal. Tapi sayur-sayur lain tak ada pula. Makanya kita makan bersama sos sengkuang calit je la. Mudah dan sedap! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nazuhaina Azu. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 sudu besar sos cili.
  • 6 sudu besar sos tomato.
  • 1/2 cawan kicap manis.
  • 2 sudu besar cili kering kisar.
  • 2 sudu besar gula melaka.
  • Sedikit air asam jawa.
  • 2 sudu besar tepung ubi dan dibancuh dengan air
  • 1 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar.
  • Sedikit belacan.
  • 2 sudu besar otak udang jika suka.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Bukhari Ayam. Mudah untuk disediakan dan sedap untuk anda seisi keluarga.

Cara-cara untuk membuat Sos Sengkuang Calit:

  1. Kacau dan gaulkan semua bahan diatas sehingga menjadi kuah yang pekat dan berkilat.
  2. Kemudian didihkan di atas api dengan menggunakan api yang kecil dalam beberapa minit.
  3. Bila dah masak dan sejuk bolehlah disapu diatas sengkuang dan taburkan pula kacang tanah yang telah ditumbuk bersama sedikit gula pasir.
  4. Sedia untuk dijamu dan dihidang.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.