

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 20 biji mangga epal / mangga yang sesuai.
 - 1 senduk garam.
 - 1.5 kg gula.
 - 2 sudu air kapur.
 - 1 sudu cuka.
 

Cara-cara untuk membuatnya:
- Rendamkan mangga yang telah dipotong dan dibasuh dengan garam selama 1 malam. Letak dalam peti ais untuk memastikan kerangupannya dijamin dan toskan airnya.
 - Rendamkan pula dengan air kapur selama lebih kurang 6 jam dan toskan airnya semula.
 - Masakkan air bersama gula kemudian sejukkan.
 - Kemudian, rendam mangga dengan air gula dan cuka.
 - Akhir sekali simpan mangga tadi didalam peti ais semalaman. Esoknya dah boleh makan.
 

Selamat mencuba. Terima kasih Puan Rosnah Harun kerana berkongsi cara membuat jeruk ini.