Menu Lunch dan Dinner untuk anda. Ayam Masak Kicap Pedas Manis

Menu ni memang sesuai untuk dibuat sebagai salah satu jenis lauk pauk anda iaitu Ayam masak kicap yang pedas-pedas pekat melekat ala-ala macam masakan 3 Budak Gemok. Pedas dia masih boleh diterima oleh semua. Anak-anak pasti suka. Terima kasih kepada Resepi Masakan Terkini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram ayam.
  • * 2 biji bawang besar.
  • * 3 ulas bawang putih.
  • * 3 tangkai cili api atau mengikut kepedasan yang dikehendaki.
  • * 5 helai daun kari.
  • * 1/2 inci halia.
  • 3 sudu besar sos tiram.

Car-cara untuk membuatnya:

  1. Potong ayam kecil-kecil, kemudian digoreng bersama sedikit garam dan kunyit. Toskan minyaknya.
  2. Kisarkan bahan-bahan bertanda * diatas.
  3. Kemudian, tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar menggunakan lebihan minyak goreng ayam tadi sehingga masak.
  4. Masukkan sos tiram dan tumis sekata.
  5. Akhir sekali masukkan ayam goreng dan gaul sebati bersama bahan yang ditumis. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Korea

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.