Selamat pagi semua. Kami nak kongsikan resepi yang memang setiap kedai ada menu ni iaitu Kuey Teow Kungfu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Kata beliau;
Ni adalah menu minum petang kitorang. Dah lama tak buat dan teringin sangat-sangat nak makan. Kalau beli yang kat kedai selalu tak cukup makan. Ni cara saya masak Kuey Teow Kungfu ni ye. Cubalah!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Sedikit minyak masak.
- 2 hingga 3 biji telur ayam.
- 1 paket kuey tiaw dibahagikan mengikut mangkuk seorang makan.
Bahan diatas perlu digoreng bersama ya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuah:
- 3 biji bawang putih diketuk.
- 1 bahagian dada ayam.
- 10 ekor udang dan sotong.
- 1 batang lobak merah.
- 4 biji baby corn.
- 2 pokok sayur kailan.
- 1/2 sudu lada sulah.
- 3 sudu sos tiram.
- 2 sudu minyak bijan.
- Sedikit garam.
- 1/2 kiub ayam.
- 2 hingga 3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air.
Cara-cara untum membuatnya:
- Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga bertukat warna keperangan baru masukkan isi ayam. Kacau lagi sehingga ayam masak.
- Masukkan pula sos tiram supaya dapat menaikkan rasa sedap dengan lebih lagi.
- Kemudian, masukkan sedikit air bersama kiub ayam. Bila dah hampir menggelegak masukkan pula lobak merah, baby corn, sayur kailan , udang dan sotong kemudian masak sehingga sayur menjadi empuk.
- Masukkan pula 1/2 sudu lada sulah berserta sedikit garam sebagai pelengkap rasa.
- Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki. Fungsi tepung jagung adalah untuk memekatkan kuah.
- Bila dah siap kuah tadi, curahkan ke dalam pinggan berisi kuey teow goreng yang telah digoreng bersama dengan telur tadi. Menu ni enak dan sedap dimakan panas-panas ya.
Selamat mencuba.