Resepi Cendol Mudah! Guna botol buat roti jala je. Kami kongsikan cara dan resepi untuk anda semua cuba. Selamat memasak ya.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung beras.
- 1 sudu tepung jagung.
- 3 cawan air pandan.
- Secubit garam.
- 1 sudu kecil air kapur.
- Sedikit perwarna hijau.
Cara Membuat:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
- Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
- Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
- Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.
Cara Buat Air Cendol:
- 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
- Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
- Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
- Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Julaiha Yusoff. Terima kasih.