Cara untuk membuat Apam Balik Garing diluar dan gebu didalam yang sedap dan mudah disediakan. Jagung mesti lebih baru sedap.

Khas untuk ibu-ibu di rumah sempena tak tau menu apa yang nak disediakan untuk anak-anak dan suami. Jom kita cuba resepi apam balik yang telah dikongsikan oleh Puan Ummi Ja dan gambar sebahagian oleh Nor Hamah Ibrahim.

Bahan-bahan adunan:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • Setengah cawan gula.
  • 1 setengah cawan air.
  • 1 biji telur.
  • Secubit garam.
  • 1sudu teh sodium bicarbonate.

Bahan tabur:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan blend kasar (saya beli kacang tanah yang dah digoreng dan dikisar).
  2. Jagung manis dalam tin.
  3. Gula halus.
  4. Marjerin.

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan adunan ke dalam blender sehingga sebati.
  2. Tunggu lebih kurang 15 min-30 min supaya adunan kembang.
  3. Oleskan marjerin di permukaan kuali. Sebaiknya non-stick pan, tefal akak kan banyak dalam kabinet tuu, gunalah.
  4. Tuangkan 1 senduk bahan adunan tadi ke dalam pan dan ratakan ke seluruh pan (jika pan besar, tuangkan 2 senduk).
  5. Guna api sederhana.
  6. Biarkan seketika dan masukkan bahan tabur apabila nampak separuh masak (nampak lubang-lubang kecil).
  7. Taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin.
  8. Sudah masak, lipat dua apam balik macam orang pasar buat tu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Kampung Gula Merah Bersarang. Memang laku keras la kuih ni!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.