Resipi Sotong Kukus Limau Mudah Dan Menggiurkan

Hari ni jom main masak-masak. Tak sempat nak masak yang berat-berat hari ni. Entah mengapa dua tiga hari ini teringin benar nak makan sotong kukus! Tak kisahlah, ikut resepi mana asalkan sotong kukus! Akhirnya dek kerana tak sabar, maka mengukuslah sotong di pagi hari sambil menyiapkan sarapan pagi! Bahannya pun mana yang ada sahajalah.

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong.
  • Cabai melaka – merah, hijau.
  • Sos ikan.
  • Limau nipis.
  • Daun ketumbar (akar sekali).
  • Gula.
  • Bawang putih.
  • Daun pudina.
  • Lengkuas, serai

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cuci sotong dan potong (kelar) sotong; jangan sampai putus.
  2. Susun sotong dlm bekas untuk dikukus, letakkan lengkuas, serai (potong), akar ketumbar, sedikit bawang putih di atas sotong.
  3. Kukus dengan api yang paling kuat, agak-agak sotong dah masak buang air yang keluar dari sotong.
Baca juga :  Resepi Sotong Masak Hitam Pedas-pedas manis. Kegemaran anda sekeluarga!

SOS untuk Resipi Sotong Kukus Limau:

  1. Masuk 1 sudu gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sudu sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka (potong). Kemudian kacau sehingga hancur.
  2. Tuangkan sos di atas sotong, tabur daun ketumbar dan daun pudina. Boleh hias sotong dengan potongan limau nipis.

Mudah bukan resipi sotong. Dengan menu ini amat mudah dan senang para ibu ke dapur. Tak perlu lama-lama di dapur. Bahan yang diperlukan pun amat mudah didapati.

Sumber: Farhani Aini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.