Kami kongsikan kepada anda semua Sup Daging Ala Thai kali ini. Mungkin boleh dijadikan juadah untuk berbuka nanti. Lebihkan cili dan asam limau tau nanti, Hirup lak panas-panas, Konfem meletops! Saya sertakan resepi dibawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Bawang putih 6 hingga 7 ulas ditumbuk lumat.
- Bawang besar sebiji dibelah 4.
- Daun limau purut.
- Cabai Melaka 3 hingga 4 biji.
- Serai 2 hingga 3 batang diketuk.
Cara membuatnya:
- Rebus tulang dengan halia, lengkuas dan sebiji bawang besar belah 4, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Rebus sehingga empuk.
- Tumis bawang putih smpai kuning, masukkan bahan-bahan lain. Masak bagi layu daun limau purut pastu letak bahan ni dalam sup yang rebus tadi bagi empuk daging dulu baru letak bahan dibawah ni:
- Tomato sebiji belah 4, Asam limau sebiji (ambil air sahaja), Sos ikan 2 hingga 3 sudu. Letak garam dengan ajinomoto. Perasakan.
- Akhir sekali letak batang saderi. Renih sehingga masak dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
Baca juga : Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.
Selamat mencuba.