Cara membuat Biskut Sarang Semut. Boleh la berlatih buat sempena raya akan datang ni.

Tetiba teringin nak makan Biskut Sarang Semut ni. Jadi gigihkan diri untuk buat 1 adunan je pun. Kalau nak cepat buat biskut ni tekan je adunan tu kat penapis takyah parut-parut atau sagat-sagat. Lambat.

Saya guna penapis 3 kali tekan je dah siap. Lepas tu boleh la pegi masak nasi ke, basuh kain ke kan. Hehe selamat mencuba. Resepi ni telah dikongsikan oleh Puan Zie Rozie. Terima kasih ya.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 250 gram mentega.
  • 80 gram gula icing.

Gaulkan dan mixkan kedua-dua bahan ni sehingga gebu. Selepas tu masukkan;

  • 200 gram tepung gandum.
  • 100 gram tepung jagung.
  • 50 gram tepung kastard.
  • 1 sudu teh esen vanilla.
Baca juga :  Resepi dan cara membuat Kuih Ketayap. Kuih yang menjadi kegemaran ramai orang.

Cara membuatnya adalah dengan mengaulkan adunan tadi sehingga menjadi doh.

Kemudian boleh tekan pada penapis, cedok masuk paper cup dan tabur hiasan ikut suka.

Bakar pada suhu 160 darjah sampai masak atau selama 5 minit lebih kurang. Jangan garing sangat nanti kuih  tak cantik.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.