Cara Untuk Membuat Kuih Bangkit Cheese

Kami nak kongsikan keapda anda cara dan resepi untuk membuat Kuih Bangkit Cheese. Yang pasti rasa dia memang meletop – letop dalam mulut Kuih Bangkit Cheese ni rangup tau. Bila anda makan, terasa kerangupannya dan cair didalam mulut. Tidak terlalu manis.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Alya Kitchen. Terima kasih ya.

Bahan A

  • 250 gram butter.
  • 2 biji kuning telur.
  • 150 gram gula ising.
  • 2 sudu besar Susu tepung.
  • 100 gram cheese yang telah disagat.

Cara menyediakan. Gaul sehingga sebati kesemua bahan diatas. Jangan gaul terlalu lama, agak-agak sebati jer. Guna senduk kayu pun boleh.

Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Kulit Karipap yang Rangup

Bahan B

  • 310 gram tepung Ubi yang disangai.
  • 300 gram tepung jagung.

Caranya adalah seperti dibawah:

  1. Campurkan bahan A dan bahan B. Kemudian sebatikan kedua-dua bahan tadi. Tepung tersebut akan berderai. Jangan risau, Gaul dan ulikan sehingga adunan tadi tidak melekat ditangan.
  2. Canaikan adunan tadi. Kemudian tekapkan adunan dengan acuan.
  3. Akhir sekali, bakarkan adunan yang telah ditekap tadi selama 20 hingga 30 minit dengan suhu antara 150 hinga 160 darjah.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.