
Patut la ramai yang cuba buat Tauhu Berlauk ni. Sedap rupanya .Anak-anak pun suka ratah macam tu je. Lain kali boleh buat lagi. Terima kasih Puan Nurul Zainal kerana berkongsi resepi ini.

Bahan yang diperlukan adalah:
- *Tauhu telur 3 tiub.
 - *Tauhu putih 3 ketul.
 - *Telur Ayam 3 biji.
 - *Isi ayam 2 ketul bahagian dada.
 - *Kiub ayam 1 ketul.
 - *Garam sedikit
 
Kisarkan semua bahan yang bertanda * sampai halus. Bahan dibawah disediakan seperti biasa.
- Carrot potong dadu.
 - Bawang Holland potong dadu.
 - Daun sup potong halus.
 - Serbuk Lada hitam sesudu teh.
 

Cara menyediakannya adalah seperti berikut:
- Masukkan dalam acuan dan kukus dalam 5 hingga 10 minit je.
 - Pecah 3 biji Telur, celup Tauhu tadi dan goreng sehingga warna bertukar menjadi kekuningan.
 

Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.