Cara untuk menanak Pulut Kuah Santan. Rasa sejati pulut pasti terasa!

Pulut tanak kuah santan ni sesuai untuk dimakan dengan durian ataupun pelam. Jom kita cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Naimah Kasim ni. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh beras pulut. Tak perlu rendam.
  2. Letakkan air lebih macam masak nasi. Jangan kacau langsung supaya pulut tak hancur.
  3. Bila mendidih kuat, slow api dan tuang air tinggal sikit saja. Dilarang kacau sama sekali lepas air dibuang.
  4. Tutup periuk dan tanak dengan api perlahan. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik tak patah-patah.
  5. Sedap dimakan dengan durian/ pelam dengan kuah santan.
Baca juga :  Resepi Putu Mayam Simple Menggunakan Bihun Sahaja. Jangan risau ianya memang sedap!

Cara buat Kuah santan:

  1. Dulu-dulu arwah mak guna santan fresh dari nyior yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.
  2. Sekarang terpengaruh dengan siam. Santan masak sekejap atas api yang perlahan.
  3. Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
  4. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.

Dah siap. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.