Resepi untuk membuat Sup Dumpling Ayam bersama Chili Oil yang padu!

Jom cuba pula menu Sup dumpling ayam. Kids makan dengan yee mee je pun dah sedap. Cicah pulak dengan chili oil memang terangkat sedapnya. Bentuk ni je reti buat, bentuk lain tak jadi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk Inti dumpling:

  • 2 cawan isi ayam.
  • Bawang putih.
  • Mix vege frozen.
  • Daun bawang.
  • Blackpepper.
  • Garam.

Mix je semua dalam processor. Kalau takde, tumbuk-tumbuk sikit bagi hancur. Kulit dia beli siap je. Cara balut boleh tengok dekat youtube. Nak explain susah pulak.

Bahan untuk Sup:

  • 1 genggam ikan bilis – rebus tapis, ambil air.
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk.
  • 2 inci halia – tumbuk.
  • 2 sb minyak untuk menumis.
  • Garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lagenda iaitu Kuih Talam Berlauk yang sangat sedap.

Cara untuk membuat Sup:

  1. Tumis bawang putih & halia. Masuk air rebusan ikan bilis tadi, tambah air kalau tak cukup.
  2. Dah mendidih masuk dumpling. Sampai dia timbul. Boleh masuk sawi sekali kalau suka.
  3. Last sekali masuk garam ikut tekak masing-masing ok. Siap.

Bahan untuk Chili Oil:

  • 2 sb Minyak masak.
  • 1 sb minyak bijan.
  • 3 sb soy sauce.
  • 3 ulas bawang putih – cincang.
  • Chili flakes – guna yang nandos punya je.
  • Garam sikit.

Tumis bawang putih bagi naik bau, masuk bahan lain. Tutup api. Siap. Selamat mencuba. Maaf kalau mana ada silap ye. Hasil menggoogle, mix and match.

Baca juga :  Kalau makan kat kedai mesti sedap kan? Tapi jangan risau ini rahsia mudah untuk buat Daging Masak Merah paling sedap!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.