Resepi Donut super lembut dan gebu untuk anda sekeluarga!

Sempena minggu DONUT sedunia, kami nak kongsikan kepada anda sekali lagi cara untuk membuat Donut super lembut dan gebu untuk anda sekeluarga! Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250g tepung high protein.
  • 30g gula kastor
  • 2 sudu besar susu tepung. Kalau tak letak pun boleh.
  • 4g yis.
  • 1/2 camca teh garam.
  • 5g super cream (saya guna kfine). Boleh juga digantikan dengan pelembut roti yang lain.
  • 30g Marjerin.
  • Air sejuk dari peti sejuk / coway ditambah bersama 1 biji kuning telur dan jadikan 130g – 140g (ni anggaran-bergantung pada lembut doh sebab kadar serapan setiap jenis tepung tak sama.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan. Saya uli guna bread maker. Apa yang penting uli doh sampai menjadi lembut ELASTIK. Siap uli boleh terus rounding (bulat-bulatkan).
  2. Habis rounding rehatkan doh lebih kurang 10 minit kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
  3. Perap selama 45 minit hingga 1 jam sehingga donut kembang & ringan. Bergantung pada keadaan suhu persekitaran & kadar penggunaan yis.
  4. Goreng guna api perlahan sahaja. Balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak. Adunan menghasilkan 15 biji donut untuk doh 30g. Kalau nak buat banyak hanya gandakan je sukatan. Sukatan sudu guna sudu metrik.
Baca juga :  Resepi Bamboloni Lembut dan Gebu.

Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.