Nasi lemak Asli Pandan. Autentik, anak saya makan nasi saja dah separuh pinggan. Sedap katanya. Lemak, masin wangi nasi tambat selera sekeluarga. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI.
- 2 biji bawang merah dihiris.
- 2 sudu besar minyak kelapa.
- 1 kotak kecil santan SAJI.
- 2 cubit garam.
- 4 keping hirisan halia.
- 15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja.
Basuh beras 3x dan masukkan santan, garam, bawang, halia, minyak dan air pandan lalu kacau sebati. Sukatan air seperti masak nasi biasa Siap.
Bahan Kisar Sambal Nasi Lemak:
- 5 biji bawang besar.
- 5 biji bawang merah.
- 3 ulas bawang putih.
- 1 inci halia.
- 15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu.
Baca juga : Resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Budu yang akan membuat anda tersenyum sendiri.
kisar semua bahan diatas.
- 2 inci gula melaka.
- 1 sudu belacan.
- 5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai.
- 1 keping asam gelugur.
- Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara untuk membuat sambal:
- Tumis Bahan kisar bersama cili kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
- Masukkan semua bahan berbaki dan masukkan 1 gelas air reneh dengan api perlahan hingga kuah memekat dan bewarna merah gelap.
Dah siap untuk dihidangkan bersama nasi lemak pandan kita tadi. Selamat mencuba.