Senang je nak buat Kuah Yong Tau Foo ni. Yang penting puas hati! Resepi ini telah dikongsikan oleh Fastabiqul Khoirot. Selamat mencuba.
Bahan untuk Kuah hitam:
- 2 sudu makan taucu.
- 2 sudu makan tepung jagung.
- 2 sudu makan tepung gandum.
- 3 sudu makan kicap pekat.
- 3 sudu makan sos tiram.
- 4-5 sudu makan gula.
- 3 cawan air.
Masukan semua dalam blender dan blender bagi taucu dan semua bahan menjadi halus. Kemudian masak bagi mendidih sekejap.
Bahan untuk Kuah merah:
- 1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng.
- 1 sudu makan tepung gandum.
- 1 sudu makan tepung jagung.
- 4- 5 sudu makan gula.
- 3 cawan air.
- 1/4 sudu makan garam.
- 3 sudu makan cili blend
Blender semua bahan diatas sehingga kacang tanah halus.
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan sedikit minyak. Kemudian, tumiskan 2 biji bawang putih yang telah diketuk..
- Letak 3 sudu makan cili blend dan tumis sehingga kering.
- Masukan semua bahan yang telah diblender tadi. Masak sekejap untuk bagi kuah sedikit pekat lebih kurang dalam 5 minit.
- Dah Siap dan dah boleh dimakan dengan apa-apa bebola, sosej dan sayuran.
- Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Akhir sekali tabur bijan yang telah disangai bersama sedikit bawang goreng.
Selamat mencuba.