Jom Admin kongsikan satu hidangan yang boleh sejukkan tekak anda iaitu Aiskrim Asam Boi. Mudah je nak sediakan dengan bahan-bahan yang senang nak dapat. Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini
Bahan-Bahan:
- 2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya).
- 2 liter air.
- 2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter).
- 3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion.
- 24-30 biji asam boi.
- 4-5 biji limau kasturi.
- Sedikit garam.
- Plastik aiskrim secukupnya.
Cara-Cara untuk membuatnya:
- Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
- Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
- Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
- Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
- Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
- Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.
Selamat mencuba semua.