Begini caranya untuk membaut Nugget Ayam. Anak-anak pasti gembira!

Nugget adalah salah satu makanan kegemaran anak-anak kita. Namun harganya yang sedikit mahal membataskan untuk kita makan selalu. Namun jangan risau. Kami kongsikan kepada anda resepi yang agak mudah untuk membuat Nugget Ayam ini sendiri dirumah. Terima kasih kepada pemunya resepi iaitu Puan Shai Anne Ahemed. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Ayam 2 keping isi dada sahaja dan dicincang halus.
  • 5 Keping roti dan direndam sekali dengan susu segar / sejat.
  • 3 Ulas bawang putih.
  • Sebiji bawang merah.
  • 1 Sudu teh serbuk lada putih / hitam.
  • 1 Sudu teh baking powder.
  • 1 Sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh Oregano kering.
  • 1/2 sudu teh Thyme kering.
  • Telur.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sotong Kangkung berserta resepi sosnya yang memikat selera anda sekeluarga.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan isi ayam yang dicincang bersama-sama dengan roti yang telah dipenyet-penyet.
  2. Kisarkan semua bawang-bawang dan masukkan sekali dengan bahan-bahan yang lain kesemuanya dan gaul sehingga sebati dan rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 20 hingga 30 minit.
  4. Setelah sejuk, potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Untuk bahan gaulan supaya rangup, siapkan:

  • Tepung gandum dicampur dengan tepung beras.
  • Telur 2 biji dan di pukul untuk celupan.
  • Serbuk roti oren.

Mulakan dengan memasukkan Nugget yam yang telah dipotong ke dalam campuran tepung, celup pada telur kemudian golekkan di atas serbuk roti. Simpan elok-elok dalam bekas bertutup dan kemudia simpan di dalam peti sejuk. Bolehlah digoreng bila perlu. Insha Allah sedap. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Popia Vietnam bersama kuahnya pencicahnya yang enak!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.