Nak pembuka selera yang paling padu. Boleh Cuba Sambal Gesek atau Sambal Pijak Gajah ini! Cara nak buatnya mudah sahaja. Bahan-bahan kita ikut banyak mana yang nak kita buat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nazuhaina Azu. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Limau kasturi.
- Ikan bilis.
- Cili Api.
- Garam halus.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Bahan-bahan diatas ni perlulah ditumbuk kecuali limau.
- Bila dah siap tumbuk baru perahkan limau kedalam bahan tadi. Seimbangkan rasanya dan dah siap.
Selamat menjamu selera ya semua.