Macamni rupanya nak buat Rotiboy Kopi Mini. Hilang kempunan nak merasa!

Roti Kopi Mini ini pasti menjadi roti kegemaran anda sekeluarga kelak! Jom cuba resepi ini. Pemilik resepi ini izinkan semua untuk berkongsi resepi atas nama kedua ibu bapanya. Jom kita doakan ibu bapa Puan Norazirah Rara sentiasa diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan & kekuatan dalam hadapi kehidupan seharian. Resepi ini adalah kepunyaan Norazirah Rara. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 145 gram Tepung Gandum.
  • 60 ml air suam.
  • 5 gram Yis.
  • 3 sudu gula pasir.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1 biji telur ayam gred C atau D.
  • 20 gram butter atau marjerin.

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Satukan semua bahan dan uli rata kecuali butter selama 5 minit. Kemudian masukkan butter dan uli lagi sampai lembut serta elastik selama 30 minit.  Bila dah siap boleh rehatkan doh seketika.

Bahan untuk buat Topping kopi:

  • 40 gram butter.
  • 25 gram gula icing.
  • 1 biji telur ayam.
  • 1 paket nescafe instant.
  • 30 gram tepung jagung.
Baca juga :  Resepi Nasi Lemak Asli Pandan. Lengkap dengan sambalnya yang enak!

Cara-cara untuk membuat topping:

  1. Pukul butter bersama gula icing sehingga gebu. Kemudian masukkan telur dan sambung pukul lagi.
  2. Masukkan 1 paket nescafe instant dan tepung jagung. Gaul rata sahaja dan masukkan dalam plastik untuk dipaipkan nanti kemudian simpan sekejap dalam peti ais.
  3. Doh yang dah direhatkan tadi, bolehlah anda bentukkan menjadi bulat-bulat. Selepas bulatkan doh masukan butter yang dipotong bentuk petak kedalam doh dan bulatkan kembali doh kita. Ni guna butter tambahan ya yang masih keras tau. Baru jadi.
  4. Rehatkan doh selama 30 hingga 40 minit, kemudian baru paipkan topping kopi yang kita sejukkan dalam peti ais tadi diatas doh bulat tadi. Kemudian boleh bakar pada suhu 175° selama 25 minit atau sehingga anda puas hati hasilnya. Dah siap!

Selamat mencuba. Boleh gandakan resepi bagi yang buat banyak. Bagi yang masih baru ingin mencuba sangat digalakkan buat dalam kuantiti yang sedikit dulu ya. Boleh juga guna breadmaker & mesin uli.

Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Sarang Lebah yang sangat gebu dan lembut.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.