Cara untuk membuat Sambal Kelatan atau Sambal Mok. Sambal padu dan sangat sedap!

Sambal Kelantan @ sambal Mok. Resepi turun temurun arwah nenek mertua yang dulunya memang jong masak bekwoh (ketua tukang masak kenduri). First time rasa masa kenduri sambut menantu 10 tahun dulu. Kita yang pengantin masa tu pun makan tak sedar diri. Sampai jilat jari makan ayam golek ngan sambal nih. Pastu family semua kalut suh tanya resepi.

Sebelum PKP aritu sempat balik kampung & menuntut ngan mak mertua hihi. Sambal ni kalo jarang-jarang sekali buat pun lupa jugak. So saya park sini la resepinya sambil share dengan kawan-kawan dalam ni. Senang ja tapi kena dokumen kan jugak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ruby Suhana Said. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji Bawang holland (dibakar/ panggang).
  • 1 labu Bawang putih (dibakar/ panggang).
  • 4 biji Tomato (dibakar/ panggang).
  • 6 biji Cili merah.
  • Segenggam Cili api (ikut level pedas masing-masing).
  • 8 biji Limau kasturi (blender dengan kulit).
  • Secawan cuka.
  • 2 keping kecil / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek).
  • 4 sudu makan gula putih (ikut level manis masing-masing).
  • Garam sikit je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng rangup berjus. Menu kegemaran semua terutamanya anak anda.

Semua ni nanti tak perlu tambah air tau. Biar macam tu je.

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Caranya mudah sahaja. Kisarkan kesemua bahan, biar kejap dalam beberapa jam sebelum masuk dalam balang. Kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh tahan lama.

Ni kalo ngam sempat balik kampung pulak baru buat lain.  Sambal ni makan ngan apa pun sedap. Buat paste jadi kuah ngan ikan/ ayam/ udang pun sedap. Selamat mencuba gais.

Btw alang2 dah share tu nak mintak kawan-kawan doakan saya dipermudahkan urusan bersalin nanti. Due lagi 2 minggu tapi suspen juga menunggu hari. Tq semua.

Baca juga :  Jom cuba buat sendiri Apam Gula Hangus. Cicah dengan Teh O panas memang terbaik!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.