Dikongsikan kepada anda Resepi Satay Ayam  tersedap untuk anda semua pula mencuba. Untuk makluman resepi yang dikongsikan ini adalah bagi 1 ekor ayam. Buat sendiri baru puas hati.

Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 ekor ayam yang disembelih halal (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan).
  • Kulit ayam jangan dibuang ye. Potong kecil-kecil dan perapkan sekali bersama isi ayam nanti).

Bahan-bahan yang perlu dikisar adalah seperti berikut:

  • 2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang merah (kalau tiada tak apa, cuma kalau letak lagi sedap).
  • 1 labu bawang putih.
  • 2 Inci halia.
  • 4 batang serai.

Kesemua bahan-bahan diatas satukan dan dikisar dengan sedikit air.



Bahan yang digunakan sebagai pemerap adalah seperti berikut:

  • 2 keping gula melaka (potong kecil-kecil atau dihiris-hiris).
  • 1 ½ cawan gula (kena manis barulah sedap namum berpada-pada ya).
  • 2 sudu kecil garam.
  • 4 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 3 sudu besar jintan manis.

Cara-cara untuk menyediakan Satay Ayam:

  • Gunakan bekas besar seperti besen, masukkan isi ayam yg telah ditoskan tadi.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama bahan perap dan gaul semuanya sehingga sebati.
  • Kemudia rasa bahan yang diperap tadi dan oleh tambah apa yang kurang sama ada gula garam.
  • Kemudian kalau boleh, perap semalaman kalau nak lagi sedap.
  • Bila dah  selesai perap, baru proses mencucuk boleh dilakukan. Kalau sedap lagi selitkan kulit ayam dibahagian tengah.
  • Lebihan perapan tadi, ambil sedikit dan letak dalam mangkuk kecil. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak untuk menjadi bahan renjisan semasa bakar. Gunakan 1 btg serai yang telah diketuk hujungnya.
  • Dah boleh mula bakar, Insha Allah dalam 5 minit dah masak sebab dah perap semalaman. Masa bakar tu renjiskan dengan bahan renjisan tu ya. Biar satay tu basah je.
  • Siap dan bolehlah dimakan bersama kuah kacang bersama bawang, timun dan nasi himpit. Selamat mencuba.

*Resepi asal ini dikongsikan semula oleh Puan Suraya Md Don melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.