Resepi Nasi Minyak Kenduri bersama Gulai Kurma Ayam / Daging. Pasti ramai yang rindu masakan ni kan.

Nasi minyak nak nampak cantik jangan lupa letak planta dan Minyak Sapi Gee. Minyak Sapi Gee guna yang lama dulu. Harga dia mahal sikit tapi berbaloi-baloi. Saya guna Beras Pusa 1121. Rendam dulu dalam setengah jam camtu baru masak.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Hiris bawang besar.
  • Tumbuk bawang putih dan halia.
  • Rempah 4 beradik.
  • Minyak sapi Gee.
  • Planta.
  • Minyak masak.
  • Sos tomato.
  • Daun pandan.
  • Susu cair.
  • Garam & gula

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, sapi gee dan planta.
  2. Tumis 4 beradik sampai naik bau. Masukkan bawang putih dan halia serta bawang besar. Masukkan daun pandan. Tumis sampai kekuningan.
  3. Masukkan sos tomato. Beras dan air. Bila mendidih sikit masukkan susu cair. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  4. Dan tanak hingga masak.

Bahan untuk Resepi Gulai Kurma Ayam/ Daging:

  • Bawang merah (blend) dan Bawang putih (blend).
  • Lada giling (sikit sahaja).
  • Halia (blend).
  • Lengkuas (sikit sahaja. Blend).
  • Air asam jawa.
  • Bawang goreng (ramas kasi hancur).
  • Susu cair.
  • Tomato.
  •  Rempah kurma (gaul siap dengan bahan yang di kisar).
  • Nissang atau gula melaka.
  • Kerisik.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bihun Sup Daging Hitam yang sangat enak dan menjadi kegemaran anda sekeluarga!

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis 4 beradik sampai wangi kemudian tumiskan lada giling sampai pecah minyak.
  2. Masukkan bahan yg dikisar sekali dgn rempah. Masukkan pula Air asam jawa.
  3. Masukkan daging. Masukkan bawang goreng yang telah diramas hancur tadi bersama Sos tomato, Susu cair dan gula melaka.
  4. Masukkan kerisik dan Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gulai ni nak ada rasa manis sedikit.
  5. Nak gulai sedap kena guna gula melaka. Kalau masih kurang rasa manis boleh tambah gula putih. Orang ganu kata baru masakkan sedap dan dok lecah. Ok selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ira Mohamad. Terima Kasih.

Baca juga :  Cara dan Resepi Nasi Minyak bersama buah Kurma. Anda kena cuba. Kesedapan yang lain daripada kebiasaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.