Menu paling ringkas nak masak untuk hari-hari terutama kalau dah jemu makan nasi tu. Boleh guna apa sahaja bahan di rumah. Selalunya nak sedap letak daging, nak rasa manis letak udang, ketam sotong, atau kalau kanak-kanak suka yang diletak ayam.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam / daging rebus dulu sampai empuk.
  • Bawang putih + lada hitam ditumbuk.
  • Sotong, Udang, Fishball dan telur.
  • Sayur, Tomato dan cili.
  • Sos cili, Kicap, Sos tiram dan Cuka.
  • Garam, gula dan Mee secukupnya.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang putih dan lada hitam. Masukkan sos cili, kicap, sos tiram dan cuka secukupnya.
  2. Masukkan ayam/daging bersama air rebusan. Nak kuah lebih tambahkan lagi air. Kemudian masukkan sotong, udang dan fishball. Dah mendidih pecahkan telur.
  3. Seterusnya masukkan sayur, buah tomato, hirisan cili dan perisakan biar seimbang rasanya.
  4. Last sekali masukkan mee dan masak sehingga puas hati. Siap. Kalau nak masak mee asing dengan kuah pun boleh. Mee celur je la sekejap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan CT Dihah. Terima kasih.