Resepi Gulai Darat Tulang Lembu yang pekat dan sedap

Pagi tadi cheyah ada survey ramai tak yang pernah makan gulai darat Kelantan ni. Rupanya masih ramai yang belum cuba dan ada yang pernah dengar je. Gulai darat sebenarnya orang tua dulu-dulu bagi nama. Ada sesetangah tempat panggil gulai raja berangkat. Kelebihan gulai darat ni adalah tak perlu tumis.

Gulai darat memang secara tradisi dimasak dengan campak-campak macam step cheyah bagi tu. Sangat senang dan boleh less minyak kan kan. Jom tengok detail resepi. Cheyah kongsikan mana tahu ada yang teringin nak cuba nanti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu.
  • 40g serbuk kari (Kalau di Kelantan, ada serbuk kari khas gulai darat. Cheyah takde serbuk tu. Cheyah guna je serbuk kari cap orang terbang ni.
  • 4 biji bawang merah*.
  • 4 ulas bawang putih*.
  • 1 sudu besar biji ketumbar*.
  • 4 biji cili kering*.
  • 1 inci halia*.
  • 1 inci kunyit hidup*.
  • 1 inci lengkuas*.
  • 1 sudu besar kerisik.
  • 1 keping asam keping.
  • 1 mangkuk santan cair.
  • Sedikit gula melaka.
  • Sedikit air.
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Resepi wajib cuba. Ayam Kurma Madu. Rasa ayam dia pasti memukau!

Cara penyediaannya:

  1. Rebus dulu tulang lembu sehingga empuk. Selepas itu, kisar semua bahan yang bertanda *.
  2. Bila dan empuk, masukkan bahan kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia masak seketika.
  3. Tambahkan santan cair. Kacau sebati. Bila dah mendidih, boleh masukkan gula melaka, gula dan garam. Renehkan lagi.
  4. Bila aroma dah naik bau, boleh masukkan kerisik dan asam keping. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia masak sepenuhnya.

Siap! Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.