Cara untuk membuat Gulai Ikan Temenung Simple tapi sedap terlampau. Resepi mesti cuba ni!

Pagi tadi Encik Suami mintak tolong masak Gulai Ikan Temenung. Kali ni MakNana cuba resepi gabungan MIL & Makcik Catering. Dan kali ni MakNana guna rempah Gulai Ikan Adabi. Sedap jugak, tiber rasa gulai bak sajian Istana di zaman silam gitu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Liyana Hasan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 7-8 ekor ikan termenung a.k.a ikan kembung.
  • 4-5 sudu besar Serbuk Kari Ikan.
  • 1/2 – 1 sudu besar asam jawa adabi.
  • 2-3 pelepah daun kari.
  • 2 sudu teh halba campur.
  • 2 biji cili hijau/merah.
  • 7-10 biji kacang bendi.
  • 2 biji tomato – dibelah 4.
  • 3 cawan air.
  • 1 cawan santan.
  • 4-5 sudu besar sos tomato.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Gulai Daging Cendawan Sisir. Kita pelbagaikan menu daging kita kali ni!

Bahan-bahan Hiris:

  • 1 Biji Bawang Merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1/2inci Halia.

Cara-cara untuk membuatya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, daun kari dan halba campur hingga wangi & garing. Oh ya, MakNana tambah tomato dipotong dadu, tumiskan sekali.
  2. Masukkan paste kari. MakNana masukkan serbuk kari je + air sikit. Tumis sampai terbit minyak. Part ni kena jaga elok. Api jangan besar sangat, takut rempah hangit rentung kena tukar la tajuk. Tunggu sampai rempah masak elok wangi, orang kata sampai terbit minyak gitu.
  3. Masukkan asam jawa + 3 cawan air + 1 cawan santan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, sos garam dan gula/perasa (jika suka) secukup rasa. Kalau tak cukup asam tambah lagi asam jawa.
  5. Biarkan mendidih. Masukkan bendi, cili & tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lala masak mentega bersama krim yang sangat padu.

MakNana bukan peminat tegar gulai ikan, tapi sesekali layaaaan sedap jugak. Tercidukk nasi 2x. Sendiri masak, sendiri puji. Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.