Resepi Daging Kicap Pedas. Sedap dimakan bersama nasi panas dan kopi o. Alamak lapar balik dah ni. Makan kejap eh! Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging 900 gm. Daging batang pinang yang frozen tu pun boleh.
  • *Bawang merah besar 2 biji.
  • *Bawang putih. Ni ikut suka. Kalau saya lagi banyak lagi sedap.
  • *Cili besar 10 biji.
  • Serai 2 batang.
  • Sos tiram.
  • Sos cili.
  • Kicap pekat.
  • Lada hitam.
  • Gula melaka.

Cara-cara membuatnya:

  1. Blend semua bahan yang bertanda (*). Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blend tadi dalam minyak panas untuk digoreng.
  2. Masukkan serai. Tumis smpai naik bau. Masukkan air secawan kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan daging. Daging tu hiris-hiris dulu ye. Biar sampai mendidih. Kalau air tu kering, tambah air lagi sampai daging tu agak tenggelam. Dah agak-agak kurang air tu, baru letak kicap pekat dan gula serta perasa.
  4. Tunggu sampai air daging kering @ sampai daging lembut. Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulaikha. Terima kasih.‎