Hai semua. Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat kuih tradisional yang diberi nama Kuih Boko Ubi Kayu ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Sri Idayu Yaakob. Terima kasih ya. Kata beliau;

Hari ini Ayu nak share resepi kuih boko ubi leleh yang ayu suka buat untuk makan dan jadi pendapatan sampingan ayu. Siapa yang suka kita boleh jadi geng. Ayu nak kongsikan resepi yang ayu guna pakai. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan untuk Bahagian bawah:

  • 1 kg ubi kayu yang telah dikupas.
  • Gula merah 1 cawan.*
  • Gula putih ½ cawan.*
  • Air 3 cawan.*
  • Daun pandan 2 helai.*

Cara membuat bahagian bawah:

  1. Masakkan air gula bersama bahan yang bertanda *. Cukup sekadar gula hancur dan bau wangi daun pandan naik kemudian ditapis.
  2. Potong ubi kecil-kecil dan buang urat tengahnya.
  3. Kisarkan ubi bersama air gula yang dah dimasak tadi dan boleh dimasukkan ke dalam bekas yang hendak dikukus. Letakkan sebanyak 2 senduk bagi setiap bekas.
  4. Kukus selama lebih kurang 10 minit dan kemudian sejukkan.

Bahan yang diperlukan untuk bahagian atas:

  • Santan 300ml tau kalau pakai santan kotak Kara 200ml sudah memadai.
  • Tepung beras 1 cawan.
  • Gula 1 sudu besar.
  • Garam 1 sudu kecil.
  • Air 5 cawan.
  • Daun pandan 2 helai.

Cara untuk membuat bahagian atas:

  1. Campurkan semua bahan diatas dan masak diatas kuali dengan api yang serdehana. Pastikan adunan tadi sentiasa dikacau dan jangan tinggalkan sebab takut berketul nanti.
  2. Masak sehingga adunan menjadi pekat, likat dan berwap naik buih.
  3. Kemudian tutup api dan masukkan adunan bahagian atas kedalam bekas ubi adunan bawah yang dah dikukus tadi.
  4. Tunggu sehingga sejuk dan siap untuk dimakan.

Selamat mencuba.