Resepi apam gula merah ni sedap tau. Siapa yang suka meh la kita cuba buatnya sendiri. Kami kongsikan resepi yang telah diberikan oleh Puan Rosnah Harun. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan air.
  • 1 cawan gula merah.
  • 3 sudu besar gula.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 paket yis.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak gula merah dengan 2 cawan air. Sejukkan dan tapis.
  2. Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk. Tuang gula merah dan yis. Kacau rata tutup mangkuk dan perap 1 jam.
  3. Acuan sapu minyak dan panaskan pengukus.
  4. Tuang dalam acuan dan kukus selama 15 minit.

Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.