Bila makan nasi lemak, yang paling penting adalah sambalnya. Kalau sedap sambalnya konfem nasi lemak tadi berpinggan-pinggan lesap masuk perut. Jadi kami kongsikan kepada anda cara-cara dan resepi untuk membuat sambal nasi lemak yang sedap. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 mangkuk ikan bilis (basuh kemudian toskan airnya dan goreng separuh garing).
  • *30 hingga 35 tangkai cili kering (potong dan rebus/rendam dengan air panas).
  • *1 biji bawang besar,
  • *4 ulas bawang putih.
  • *sedikit belacan (optional bagi yang suka).
  • 2 atau 3 sudu makan gula putih.
  • 2 sudu makan gula merah.
  • 2 keping asam keping.
  • Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara untuk menyediakannya:

  • Kisar semua¬† bahan yang bertanda * di atas.
  • Tumis bahan kisar tadi¬† sehingga garing.
  • Masukkan gula putih, gula merah, garam dan perasa. Rasa dengan lidah ada semua rasa adalah seimbang dan mengikut citarasa kita.
  • Kemudian, masukkan asam keping.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kalau suka boleh masukkan bawang besar yang di hiris bulat. Sedikit tips untuk buat sambal sedap ni, pastikan cili yang ditumis tadi betul-betul garing.

Kredit gambar kepada Sis Norey Yusof.