Cara untuk membuat Portugis Egg Tart yang rangup diluar dan lemak berkrim didalam.

Portuguese egg tart. Kali ni buat tak burnt sangat atas dia. Bagi yang tanya saya pakai acuan apa, saya pakai acuan aluminium foil saiz 7.5 cm tak besar dan tak kecil. Pemilik resepi iaitu Qielaamin Aminuddin juga berkata:

Saya jual bukan nak untung semata-mata. Buat nak sedekah sama. Kalau jual mahal nanti ada yang tak mampu nak Beli. Saya duduk Jengka, bukan duduk Bandar. Maaf mana yang kurang. Semoga dengan resepi yang saya kongsi dapat la kita semua merasa sedikit sebanyak air tangan sendiri. Nak beli kat luar, mulut ramai nak rasa. Tak cukup nak beli semua. Benda senang, kita buat sama-sama.Terima kasih semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 200 ml Susu Segar / Susu cair.
  • 150 ml air masak.
  • Gula ikut nak manis banyak mana.
  • Garam sikit.
  • Esen vanilla.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 biji telur ayam.
  • Kulit puff pastry secukupnya.
  • Acuan aluminium foil saiz 7.5 cm.
Baca juga :  Begini caranya untuk membuat Doh Roti Arab yang sangat gebu dan sedap. Cicah dengan kari padu beb!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali kulit puff pastry dan acuan.
  2. Kacau sampai sebati kesemuanya. Panaskan sekejap atas dapur untuk nak bagi gula larut.
  3. Kemudian, tapis dan isi hasil tapi kedalam jug supaya senang nak tuang.
  4. Letakkan kulit puff pastry kat dalam acuan dan tekan sikit-sikit supaya mengikut bentuk acuan. Kulit yang lebih tu boleh potong.
  5. Masukkan adunan yang dah ditapi tadi kedalam acuan yang telah diletakkan kulit.
  6. Bakar menggunakan api atas dan bawah mengikut suhu oven masing-masing. Oven saya guna suhu 150 darja dan bakar selama 30 minit. 5 minit akhir buka api atas je untuk bagi burnt sikit.

Selamat mencuba.

 

Baca juga :  Resepi Salted Egg Cornflakes

Related posts:

One thought on “Cara untuk membuat Portugis Egg Tart yang rangup diluar dan lemak berkrim didalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.