Cara untuk membuat Puding Mangga. Sejuk, lembut dan menyamankan anda sekeluarga.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Puding Mangga. Sejuk, lembut dan menyamankan anda sekeluarga. Lagipun sekarang tengah musim mangga. Cuba tau.

Terima kasih kepada Puan Zura Zul kerana berkongsi penyejuk tekak yang sangat sedap ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 20g agar-agar tali.
  • 5 cawan air.
  • 1 cawan gula – akak letak 3/4 cawan.
  • 2 cawan susu segar dutch lady – boleh guna susu cair.
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 biji telur – jika suka.
  • 1 sudu kecil esen vanilla – jika letak telur.
  • 2 biji buah mangga.
  • Sedikit perasa mangga – jika suka.
  • Sedikit pewarna lemon yellow .
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak agar-agar dengan air dan biarkan agar-agar melarut. Kemudian, masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
  2. Sebelum tu blender dulu buah mangga, telur, susu pekat & susu segar/susu cair hingga halus. Kemudian, tuangkan ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau rata dan sebati.
  3. Masuk sedikit esen vanilla, sedikit perasa mangga & sedikit pewarna lemon yellow. Masak sambil kacau-kacau sampai nak mendidih kemudian boleh tutup api.
  4. Tuang dalam acuan/loyang dan bekukan seketika. Boleh sejukkan dalam peti ais selama sejam lebih.
  5. Bila dah sejuk, boleh potong ikut suka dan nikmat bersama yang tersayang.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kerabu Mempelam yang bakal mengecurkan air liur anda. Enak sangat!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.