Jom kita cuba untuk membuat kuih kosui gula merah lentok pebret tok laki. Sekali hadap ja satu loyang ni.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan tepung ubi.
  • 5 cawan air.
  • 1 cawan gula merah.
  • ½ cawan gula putih.
  • 1 sudu KFC air kapur.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak air, gula merah dan gula putih sehingga larut. Kemudian sejukkan larutan tadi dulu.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan tuang air gula tadi. Masukkan air kapur dan kacau. Nak senang blend pastu tapis.
  3. Panaskan air sampai mendidih. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 20 hingga 25 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain ya.
  5. Dah masak sejukkan dulu baru potong.

Untuk adunan kelapa:

  • Kelapa parut putih secukupnya.
  • Garam sikit.

Gaul sekali dan kukus selama 3 minit. Pastu boleh la gaul dengan kuih kosui tadi. Siap!