Resepi dan Cara untuk Membuat Kuih Kasui / Kaswi

Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Bulan Ramadhan ni walaupun takde Bazar kuih ni masih lagi laku dan laris. Order online je kan. Jom tengok bagaimana untuk membuatĀ Kuih Kasui / Kaswi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • *2 cawan tepung gandum.
  • *1/2 cawan tepung ubi.
  • *1 sudu air kapur (secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh).
  • 1 cawan gula merah.
  • 3/4 cawan gula.
  • 5 cawan air

kelapa parut yg putih saja ditambah dengan garam dan kukus sekejap untuk tahan lama.

Baca juga :  Tuna Thai Bread menu minum petang terbaik untuk anda sekeluarga. Jom cuba!

Cara untuk membuatnya:

  1. Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2 cawan air. Masak atas api kejap untuk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan untuk naikkan aroma. Kemudian, tunggu sehingga larutan tadi sejuk.
  2. Campurkan bahan yang bertanda * bersama 3 cawan air. Kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8 atau yang mana puan semua ada untuk dikukus selama 30 – 40 minit.
  3. Bila dah sejuk baru potong, bolehlah digaul bersama kelapa parut dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng Sira Sambal Manis. Kuih yang sentiasa mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Tips untuk potongan kuih yang cantik. Tunggu kuih betul-betul sejuk, potong dengan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nordiana di Facebook Menu Apa Hari Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.