Assalamualaikum sahabat semua. Jom kita buat sama-sama ya. Confirm menjadi. Versi semudah ABC. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Azie Charming. Terima kasih.

Cara untuk membuat Karamel / gula hangus:

  • 3 sudu besar gula.

Cairkan gula dalam loyang atas api kecil sehingga menjadi karamel perang muda. Jangan kacau, senget-sengetkan je loyang supaya karamel rata. Ketepikan & sejukkan.

Bahan untuk membuat Puding:

  • 6 biji kuning telur.
  • 1 tin susu cair / Susu segar.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 1 sudu teh esen vanila.
  • 2 sudu besar Tepung Kastard.

Cara-cara untukĀ  membuany Puding:

  1. Satukan semua bahan-bahan & kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih. Tapiskan & ketepikan. Sukatan ni untuk puding tebal 1 inci lebih. Kalau guna loyang kecil boleh sukat bahan-bahan menjadi separuh bahagian. Contoh: Telur 6 Biji Pakai 3 Biji Sahaja.
  2. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kukuskan adunan puding sampai masak & cakar-cakar halus bahagian atas untuk mudahkan adunan kek nanti melekat.

Bahan yang diperlukan untuk membuat Kek:

  • * 4 biji telur.
  • * 1 sudu teh esen vanila.
  • * 1 sudu bsar ovalate.
  • * 1 cawan gula pasir (Boleh Kurangkan mengikut kemanisan yang dikehendaki).
  • * 4 sudu besar susu pekat.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • Pewarna yang dipilih.

Cara-cara membuatnya:

  1. Bahan bertanda * perlu dikisar sampai halus dan kembang.
  2. Pastu masukkan tepung dan gaul sebati. bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  3. Masukkan adunan dalam loyang diselang-selikan warnanya dan kukus sampai masak menggunakan api yang sederhana.
  4. Sisipkan tepi kek dengan pisau & terbalikkan perlahan-lahan diatas pinggan. Simpan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika ianya sejuk. Selamat mencuba.