Cara untuk membuat Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.


Cara untuk membuat Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sangat sedap. Rugi kalau tak cuba. Ikan cencaru ni tebal dengan isi, jadi kita kena belah dua nak bagi sebati ketika memasak. Terpulang nak belah kat perut atau dari belakang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 ekor ikan cencaru di belah atas.
  • 1 peket pes tomyam adabi.
  • 1 batang serai.
  • 1 biji bawang merah.
  • 2 helai daun limau purut.
  • 2 biji cili padi.
  • Sedikit garam.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat dan masukkan cili serta daun limau purut.
  2. Selepas itu, tambah pes tomyam dan sedikit garam. Kacau mesra sebati.
  3. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.
  4. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Bakar Lada Hitam. Tengok gambar pun dah boleh agak kesedapannya!

Selamat mencuba! dan selamat menjamu selera ye kawan-kawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.