Cara untuk membuat Bihun Goreng Kampung yang menggamit kenangan lama anda!

Siap sarapan pagi ini.  Semoga anda semua sekeluarga baik-baik sahaja. Kali ni kamoi nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Bihun Goreng Kampung yang telah dikongsikan oleh Puan Adila Razak. Terima kasih

Bahan tumbuk yang diperlukan:

  • 3 biji Bawang merah.
  • 3 biji Bawang putih.
  • 1 sudu besar Ikan bilis.

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 bungkus Bihun direndam hingga lembut & toskan.
  • 1/2 labu bawang besar holland dihiris dadu.
  • 10 ekor udang.
  • Carrot dihiris (optional).
  • Kubis dihiris (optional).
  • 1 sudu besar Sos ikan.
  • 3 sudu besar Cili kisar.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar Sos tomato.
  • 4 tangkai Cili merah biji dihiris.

Bahan-bahan hias:

  • Daun bawang dihiris.
  • Bawang goreng.

Cara-cara memasak Bihun Goreng Kampung:

  1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan sambung tumis.
  2. Masukkan pula cili kisar & udang. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air. Kacaukan hingga sebati kemudian sos tiram, sos ikan & sos tomato.
  3. Perisakan terlebih dahulu & barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau sebati kemudian masukkan pula sayur. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.
  4. Tutup api & sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng & daun bawang.
Baca juga :  Cara untuk membuat kudapan Bihun Cakar Madu kegemaran anak-anak!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.